Ramadhan Yang Berbeza....

Assalamualaikum & salam sejahtera….

Salam ramadhan kepada umat Islam…Alhamdulillah, segala tugasanku di kem plkn telah terlaksana. Tugasan itu betul-betul menguji tahap kesabaran aku. Tapi itulah pengalaman namanya. Walaupun hanya seminggu namun, ia banyak menyedarkan aku bagaimana untuk meng’handle’ pelajar-pelajar yang bermacam-macam perangai di sekolah. Pengalaman ini tidak dapat disamakan dengan pengalaman ketika berpraktikum dahulu. Ini kerana jika di sekolah kita akan berjumpa dengan pelbagai aras tahap kecerdasan pelajar. Hal ini tidak sama ketika aku berada di kem. Hampir semua pelatih merupakan dari pelajar yang bermasalah dan tidak berminat untuk belajar. Bayangkan… aku perlu mengajar mereka selama seminggu…. Pelbagai kaedah yang aku gunakan. Tapi at last aku bersyukur kerana mereka akhirnya sedar…. Terima kasih kepada zack, ayu, black, marina, rahmat, harry porter, chong, leong, yeong, james, aini, sheda dan lain-lain yang cikgu tak sebutkan nama.

Ramadhan ini juga agak berbeza dengan ramadhan yang lalu.... ramadhan kali ini opahku sakit teruk. Betapa kami anak cucunya begitu risau sekali. Tahap kesihatannya makin menurun. Masih ingat lagi, ketika opah aku masih sihat, kami sama-sama buat kuih goyang, dan kuih makmur. Membuat bedak sejuk.... kini kudratnya tiada lagi... semua itu menjadi kenangan... tapi aku tetap berharap opah kembali sihat seperti dahulu. Dulu opah yang menjaga aku ketika kecil, kini aku pula yang menjaganya...

1 pengkritik jemputan:

BeLLy Blog's said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )

Post a Comment

Back to Top