0

Program Menggapai Impian SPM 2009

Minggu lepas, kumpulan aku dalam subjek Pengurusan, En. Aziz Yatim telah mengadakan PROGRAM MENGGAPAI IMPIAN SPM 2009. Bagi program tersebut, kami telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Adik-adik kat SEMESTI memang best dan yang paling membanggakan rata-rata impian mereka adalah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mmm….bagus tu dan untuk SPM 2009 ni, sasaran pihak sekolah adalah untuk mendapat 40 orang straight A. Nama 40 orang pelajar ni telah di pamerkan di dewan sekolah mereka dan bagi pelajar yang namanya tiada dalam senarai pula telah menjadikannya sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh. Dan jangan terkejut jika mereka lebih mengetahui mengenai universiti di luar negara berbanding di dalam negara.

Kerjaya Dalam Bidang Pergigian...



Pergigian adalah satu cabang perubatan yang kini semakin diminati. Ia sangat laris kini. Namun semasa zaman 90-an, kerjaya ini agak baru dan masih tidak diketahui umum. Ramai anak muda kita, yang mendapat keputusan cemerlang memilih untuk mengikuti program perubatan di dalam mahupun di luar negara. Di dalam bidang pergigian, kita hanya tahu doktor gigi sahaja, tetapi staf sokongan juga janganlah dilupakan. Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai peluang kerjaya pergigian yang ada dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan..

Ø Pegawai Pergigian

Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu. Untuk menjadi Pergawai Pergigian, anda perlu mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negeri. Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun. Umunya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat sama ada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan swasta.

Ø Jururawat Pergigian

Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, “play”, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan diberi Diploma Kejururawatan Pergigian.

Ø Juruteknologi Pergigian

Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda sesuai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, mereka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, an aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik.

Ø Pembantu Pembedahan Pergigian

Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengurusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab di dalam “infleksi kontrol” di bilik rawatan. Selain itu, mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit.

cuti hujung minggu...

Hujung minggu lepas, aku balik kampung dekat Batu Gajah… Cuti midterm lepas aku cuma dapat duduk kejap je dekat rumah sebab kena pergi program dekat kampung Sepat... Memandangkan hari jumaat aku takde class, so petang khamis aku dah balik... Nasib baik, hari tu Laila dah tolong belikan aku tiket...Lama juga laa aku dekat rumah.... mmmm 5 hari aku dekat rumah... Bestnya sebab dapat balik sebab boleh makan masakan mak aku... yang penting mak aku buat laksa...yup yup yup...sedapnya... Nama saja cuti tapi macam tak cuti pun....huhuuuhuuu...nak tahu apa aku buat???...mmm baca ni...


5 FEBRUARI 2009

Pukul 5 petang aku naik bas...sampai dekat Medan Gopeng lebih kurang pukul 6.30 petang. Petang tu bestfriend aku yang ambil. Kita orang dah cadang nak makan sama. Sebelum tu kita orang sembahyang dulu dekat surau Medan Gopeng tu, pastu makan, sembang, makan, sembang, pastu baru kita orang balik...sampai dekat rumah lebih kurang dalam pukul 8.30 malam....lepas mandi, aku sembang-sembang kejap dengan mak ayah aku....pastu terus aku tidur....krohhhhhhhh letih ”bangat sih”...


6 FEBRUARI 2009

Hari ni aku ada misi yang perlu aku selesaikan...ceh macam misi adruce je...actually dalam beberapa hari yang lalu sebelum tarikh ni, aku banyak contact cikgu lama aku waktu kat SYS dulu. Cikgu Zarina Razali, cikgu ni dulu ngajar aku pengajian am dan merangkap guru kelas aku. So, pagi ni aku dah buat appoinment untuk jumpa dengan dia. Ni semua gara-gara subjek 4P…alhamdullillah…cikgu Zarina banyak bantu aku. Terima kasih cikgu. Selesai pasal 4P dalam 1 hari…hehehehe


7 FEBRUARI 2009

Hari ni pun aku sibuk juga...hari ni aku dah janji nak keluar dengan bestfriend aku. Kita orang nak pergi tengok filem Ong Bak 2 dekat JJ. Mula-mula kita orang breakfast dulu kat McD...pastu baru tengok Ong Bak 2...best jugak laa cerita tu...aksi yang menyayat hati bila Tien (watak Tony Jaa) tengok mak dengan ayah dia dibunuh...di sebabkan tu, Tien nak balas dendam pada orang yang bunuh mak ayah dia. Sebelah malam pula, opah dengan mak cik aku datang rumah. Dapatlah lepas rindu kat opah Dani tersayang aku ni.

Ni lah opah Dani aku. Ni waktu hari ibu tahun lepas.

Antara aksi Tony Jaa dalam Ong Bak 2


8 FEBRUARI 2009

Sepatutnya hari ni aku dah planning dengan Eton (member kamcing aku) nak jumpa tapi terpaksa cancel. Aku kene ikut family aku hantar adik aku, Firdaus balik Uitm kat Arau. Adik aku yang sorang ni baru je buat operation sebab apendiks. Sepatutnya minggu lepas dah balik tapi dia ambil cuti seminggu sebab tak larat lagi. Apendiks adik aku ni kira tahap bahaya juga sebab dah lama dan dah pecah. Mula-mula kena dulu, dia asyik muntah jer sampai keluar darah pula tu. Makan pun taknak, jalan pun tak larat. Memang kesian sangat tengok dia masa tu. Alhamdullillah, sekarang dah makin sihat.


Ni laa Eton, bestfriend aku sejak sekolah rendah lagi


9 FEBRUARI 2009

Hari ni aku balik kolej. Aku naik bas pukul 9.30 pagi. Biasalah kalau dah cuti lama-lama ni rasa malas jer nak balik...tapi kena balik juga...huhuhuhu...aku sampi dekat kolej tengahari...


So, tu lah aktiviti aku time hujung minggu lepas...rasa macam nak balik lagi tapi tak boleh...assignment banyak....huhuhuhuhuhu


kg sepat...

Cuti midterm seminggu ni, aku pergi ke kampung Sepat di Kuantan, Pahang. Aku ikut program Niza (budak ni housemate aku) iaitu KEMBARA ILMU DARUL MAKMUR dari 26-31 Januari 2009. Seramai 70 orang peserta yang terdiri dari penghuni kolej Aminuddin Baki telah berkampung selama seminggu di kampung Sepat. Kampung Sepat ni merupakan perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai Sepat. Tapi aku tengok, penduduk kat kampung ni lebih ke arah penternakan sebab kat mana-mana je aku pergi mesti ada kelibat lembu dengan kambing...Memandangkan program ni seminggu, so kami telah tinggal bersama keluarga angkat. Nasib baiklah aku dapat keluarga angkat yang best!!! Antara yang mendapat keluarga angkat sama dengan aku ialah Farah, Wani, Abg Am, Azmil, Ismail dan Kamaruddin...so mereka berenam inilah adik-beradik aku semasa di sana. Mereka semua ni memang ”giler-giler”...Kami banyak kali dibuli oleh ''abg tua'' (abg Am) yang merangkap abg yang paling berumur sikit dari kami...Antaranya ialah bab cuci pinggan, Am akan menunggu mangsa untuk membasuh pinggannya setiap kali lepas makan. Memandang rumah keluarga angkat kami jauh masuk ke dalam, jadi kami terpaksalah berjalan kaki ke jalan besar untuk menunggu bas UPSI untuk ke tapak utama program. Sudahlah tiada sebarang lampu di situ, kami hanya menggunakan cahaya lampu dari handphone masing-masing. Pernah pada suatu malam sewaktu kami bertujuh berjalan keluar dari rumah, Am menjerit "lari!!!! lembu....". Sampai tak cukup tanah aku, farah dan wani berlari... Bila dah sampai kat hujung jalan, kami dengar abg tua, adik besar (nama khas untuk Kamaruddin sebab badan dia besar), Azmil dan Ismail ketawa mengekek gelakkan kami...huhuhuuu...

Program Kembara Ilmu ni adalah berbentuk kemasyarakatan ...ala-ala seperti bakti siswa. Kami bertolak dari kolej Aminuddin Baki pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke kampung Sepat dalam pukul 2...Banyakkan betapa jauhnya perjalanan kami...antara aktiviti kami di sana adalah seperti sukan rakyat yang melibatkan penglibatan dari penduduk kampung dengan pelajar UPSI. Selain itu juga kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan balai raya dan kawasan kampung...Kami juga turut mengadakan program berbentuk motivasi di sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Tanjung Lumpur (sekolah yang penuh kontroversi), Sekolah Menengah Sungai Soi dan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan...Ke muncak program adalah pada malam terakhir kami di sana iaitu malam kebudayaan yang turut dihadiri oleh ADUN Tanjung Lumpur...Pada malam itu kami menyerahkan sedikit cenderahati kepada golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan beberapa penduduk yang susah. Keluarga angkat juga turut menerima cenderahati dari kami...


Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sewaktu tinggal bersama dengan keluarga angkat ialah mencabut bulu ayam. Sebanyak 6 ekor ayam kampung telah disembelih dan tugas kami ialah mencabut bulu-bulu ayam tersebut...selepas dicabut bulu, bapa angkat kami membakarnya sedikit dan selepas itu baru di cuci dan dipotong-potong. Ayam kampung tersebut telah dimasak gulai kari oleh bapa angkat kami. Selama duduk sana kami telah dihidangkan dengan nasi dagang, dan nasi hujan panas selain daripada kuih-muih kampung...Emak angkat kami sememangnya pandai memasak kuih-muih kerana dia menjual kuih di kampung tersebut...


Punca rezeki utama keluarga angkat kami ialah lembu. Bapa angkat kami mempunyai sebanyak 200 ekor lembu yang diternaknya. Kami juga berpeluang dibawa ke kandang lembu ini. Mula-mula sampai memang kami teruja tengok lembu yang banyak...najisnya pun lagi banyak laa...


Hampir kesemua penduduk kampung di sini mempunyai binatang ternakan masing-masing. Namun, yang paling aku tidak suka ialah ada setengah-setengah penduduk kampung ini membiar binatang ternakan mereka merayau-rayau di sekitar jalan dan tepi pantai Sepat. Najis-najis binatang ni bertaburan di sekitar pantai...amatlah memalukan bagi pelancong yang datang...pantai Sepat ini tidaklah sepopular seperti Teluk Cempedak dan jarang dikunjungi oleh pelancong. Namun, kebersihan haruslah dijaga kerana ia merupakan tempat awam...




Kenangan dan pengalaman di kampung Sepat tidak mungkin aku lupakan...banyak perkara yang kami kutip ketika di sana...ayah, mak, kak Ana, kak Liza, abg Shamsul, abg Shahrul, Balqis, Syawal Mukriz, dan Hery tidak mungkin aku lupakan...aku terharu sekali ketika keluarga angkat kami menghantar kami untuk menaiki bas pulang, kami berpelukan dan menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah memandangkan kami telah seminggu berada dengan mereka sekeluarga. Semoga kami akan berjumpa lagi...


Back to Top