Selamat Hari Raya!!!



Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Pastinya, ramai yang gembira dan juga sedih. Perasaan gembira kerana kita akan menyambut Aidilfitri namun, pastinya kita juga berasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Di saat 10 malam terakhir ini, marilah kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt. Di saat ini, aku menyusun 10 jari ini memohon kemaafan kepada para sahabat dan sesiapa jua yang mengenali. Kalau ada yang tersilap kata, mahupun terkasar bahasa harap dimaafkan. Sesungguhnya aku cuma insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri...maaf zahir batin...




Budak – budak main mercun,

Main mercun malam raya,

Mintak maaf mintak ampun,

Kalau ada terkasar bahasa.

Ada restu dan maaf dipinta,

Sesama insan di pagi raya,

Kekalkan persaudaraan yang ada,

Semoga sejahtera kita bersama.



Back to Top