0

UKM vs UPM

Semuanya gara-gara “pembinaan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kecenderungan kerjaya”. Ni lah tajuk proposal aku…buat aku pening kepala. Pada hari selasa, aku, Zeti, Zaza, Fath, Wanie, Yatt, dan Eqin telah pergi ke UKM konon-konon nak cari bahan. Pagi-pagi lagi dah pergi. Besar harapan kita orang, harap-harap jumpa apa yang di cari. Tapi aku, Zeti dengan Fath kecewa sangat sebab tak jumpa bahan yang di cari. Kalau ada pun cuma ada 1 saja tapi tu pun bau-bau bacang. Kita orang tambah kecewa bila Dr jazimin kata memang bahan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan tak banyak di Malaysia. So, kami pun ambil keputusan tuk terus pergi ke UPM. Cari kat sana pula. Sampai kat UPM dalam pukul 3.00 petang. Cari punya cari dapat laa beberapa kajian yang serba sedikit boleh bantu kita orang. Dalam pukul 6 petang barulah kami keluar dari UPM. Tapi yang bestnya, kami tiga orang betul-betul gambel hari tu.


rombongan cik kiah


tak jumpa pun...huhuhu


senyum walaupun sebenarnya Tuhan saja yang tahu...


depan library UPM

0

Ada Apa Dengan Kem Kaunseling Kelompok???

Untuk memenuhi 60% markah subjek En Mus, Kaunseling Kelompok, kami seramai 140 orang telah mengadakan kem kaunseling kelompok secara marathon di Hay Resort, Sabak Bernam. Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 3-5 April. Mmmm....penat memang penat sebab kita kena dengar masalah orang secara marathon. Tapi seronok sebab dapat banyak ilmu. Kem ini seumpama platform bagi kami untuk mengaplikasikan segala yang telah kami belajar di makmal sebelum menempuh alam sebenar di sekolah kelak. Melalui kem ni saya dapat belajar banyak perkara...

ketidakkongruenan teserlah di muka masing-masing


wajah ceria selepas 10 sesi


Fam dengan Laip sempat lagi membina rapport di dalam bas


suasana yang agak teraputik


Fatin dah burnout sampai sesak nafas

Back to Top