2

OoOh…Mr. Tesis Ku


Alhamdulillah…selesai sudah semester ni. Dan yang paling best ialah tesis aku dah hantar kat Dr Jazimin dan En. Aziz Shah. Hilang penat lelah selama dua semester bila tengok tesis dah siap dijilid….yahoooooooOOOOOO



Lepas ni boleh balik rumah dengan ria riang…tapi tak boleh ria riang sangat sebab praktikum bakal menjelma, so study dan mantapkan teori balik…

Tapi sedih pula nak tinggalkan kolej, UPSI dan member-member semua…banyak kenangan selama duduk kat sini…pahit manis semua ada…pengalaman mengajar kita lebih dewasa dan matang…














0

Ke’busy’an & Ke’stress’an

Dah lama tak update blog ni…tak macam zeti yang suka sangat menga’update’kan blog…aku busy + stress akhir-akhir sem ni...tesis aku tak siap lagi. Pastu nak final exam lagi....huhuhuhhu tension tapi ditahap terkawal lagi...hahahaha...


merenung masa depan


Ada banyak program yang aku tak update. So, ni antara program sepanjang blog ni tak update.... Antaranya program konsultasi aku di SMK Sultan Yussuf (SYS) untuk pelajar Pendidikan Khas, “SEHARI BERSAMAMU PERMATA ISTIMEWA”. Terima kasih banyak kepada Cikgu Sakurna yang banyak memberi kerjasama dan juga kepada Pengetua sekolah. Ada dua program yang aku buat kat sekolah ni. Lagi satu program melibatkan pelajar-pelajar form 6. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Korang memang best.. terima kasih juga kepada kaunselor-kaunselor sekolah terutama Cikgu Rizal kerana banyak membantu dalam program ni.


menghantar mereka pulang ke tempat asal selepas program di SYS...hehehe


Time raya pun, aku tak sempat nak update...raya yang penuh dengan ke’busy’an. Dah raya, mesti ada majlis rumah terbuka. So, sempat laa pergi ke rumah keluarga angkat aku kat Felda Besout 1 yang mengadakan rumah terbuka. Terima kasih kepada abah (Pak Din) sekeluarga kerana menjemput kami. Selain itu, program “PERJUMPAAN PA & HARI RAYA KAUNSELING 09” yang telah diadakan pada waktu malam yang telah dihadiri pelajar B&K dari sem 1 hingga 7 dan juga pensyarah-pensyarah B&K. Kat kolej pun ada buat jamuan raya...memang meriah.


waktu shopping raya

semasa raya

nasi dagang di rumah Pak Din

macam-macam jenis kek ada


Dalam minggu busy viva dapatan kajian, sempat lagi pergi ke Fiesta Japanese kat auditorium dengan zeti..


makanan orang jepang

pakaian yang dipakai ketika kahwin


Program yang terakhir ialah “PROGRAM MAWADDAH WAMAWADDAH” yang diadakan bagi meraikan sem 7 di kolej kediaman KAB malam tadi. Rasanya inilah program yang terakhir yang aku sertai kat kolej. Sedih laa pula nak tinggalkan kolej ni...huhuhuhuu...

zeti...

dikir barat "tunjuk-tunjuk"....hehehehe


Back to Top