kg sepat...

Cuti midterm seminggu ni, aku pergi ke kampung Sepat di Kuantan, Pahang. Aku ikut program Niza (budak ni housemate aku) iaitu KEMBARA ILMU DARUL MAKMUR dari 26-31 Januari 2009. Seramai 70 orang peserta yang terdiri dari penghuni kolej Aminuddin Baki telah berkampung selama seminggu di kampung Sepat. Kampung Sepat ni merupakan perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai Sepat. Tapi aku tengok, penduduk kat kampung ni lebih ke arah penternakan sebab kat mana-mana je aku pergi mesti ada kelibat lembu dengan kambing...Memandangkan program ni seminggu, so kami telah tinggal bersama keluarga angkat. Nasib baiklah aku dapat keluarga angkat yang best!!! Antara yang mendapat keluarga angkat sama dengan aku ialah Farah, Wani, Abg Am, Azmil, Ismail dan Kamaruddin...so mereka berenam inilah adik-beradik aku semasa di sana. Mereka semua ni memang ”giler-giler”...Kami banyak kali dibuli oleh ''abg tua'' (abg Am) yang merangkap abg yang paling berumur sikit dari kami...Antaranya ialah bab cuci pinggan, Am akan menunggu mangsa untuk membasuh pinggannya setiap kali lepas makan. Memandang rumah keluarga angkat kami jauh masuk ke dalam, jadi kami terpaksalah berjalan kaki ke jalan besar untuk menunggu bas UPSI untuk ke tapak utama program. Sudahlah tiada sebarang lampu di situ, kami hanya menggunakan cahaya lampu dari handphone masing-masing. Pernah pada suatu malam sewaktu kami bertujuh berjalan keluar dari rumah, Am menjerit "lari!!!! lembu....". Sampai tak cukup tanah aku, farah dan wani berlari... Bila dah sampai kat hujung jalan, kami dengar abg tua, adik besar (nama khas untuk Kamaruddin sebab badan dia besar), Azmil dan Ismail ketawa mengekek gelakkan kami...huhuhuuu...

Program Kembara Ilmu ni adalah berbentuk kemasyarakatan ...ala-ala seperti bakti siswa. Kami bertolak dari kolej Aminuddin Baki pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke kampung Sepat dalam pukul 2...Banyakkan betapa jauhnya perjalanan kami...antara aktiviti kami di sana adalah seperti sukan rakyat yang melibatkan penglibatan dari penduduk kampung dengan pelajar UPSI. Selain itu juga kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan balai raya dan kawasan kampung...Kami juga turut mengadakan program berbentuk motivasi di sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Tanjung Lumpur (sekolah yang penuh kontroversi), Sekolah Menengah Sungai Soi dan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan...Ke muncak program adalah pada malam terakhir kami di sana iaitu malam kebudayaan yang turut dihadiri oleh ADUN Tanjung Lumpur...Pada malam itu kami menyerahkan sedikit cenderahati kepada golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan beberapa penduduk yang susah. Keluarga angkat juga turut menerima cenderahati dari kami...


Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sewaktu tinggal bersama dengan keluarga angkat ialah mencabut bulu ayam. Sebanyak 6 ekor ayam kampung telah disembelih dan tugas kami ialah mencabut bulu-bulu ayam tersebut...selepas dicabut bulu, bapa angkat kami membakarnya sedikit dan selepas itu baru di cuci dan dipotong-potong. Ayam kampung tersebut telah dimasak gulai kari oleh bapa angkat kami. Selama duduk sana kami telah dihidangkan dengan nasi dagang, dan nasi hujan panas selain daripada kuih-muih kampung...Emak angkat kami sememangnya pandai memasak kuih-muih kerana dia menjual kuih di kampung tersebut...


Punca rezeki utama keluarga angkat kami ialah lembu. Bapa angkat kami mempunyai sebanyak 200 ekor lembu yang diternaknya. Kami juga berpeluang dibawa ke kandang lembu ini. Mula-mula sampai memang kami teruja tengok lembu yang banyak...najisnya pun lagi banyak laa...


Hampir kesemua penduduk kampung di sini mempunyai binatang ternakan masing-masing. Namun, yang paling aku tidak suka ialah ada setengah-setengah penduduk kampung ini membiar binatang ternakan mereka merayau-rayau di sekitar jalan dan tepi pantai Sepat. Najis-najis binatang ni bertaburan di sekitar pantai...amatlah memalukan bagi pelancong yang datang...pantai Sepat ini tidaklah sepopular seperti Teluk Cempedak dan jarang dikunjungi oleh pelancong. Namun, kebersihan haruslah dijaga kerana ia merupakan tempat awam...




Kenangan dan pengalaman di kampung Sepat tidak mungkin aku lupakan...banyak perkara yang kami kutip ketika di sana...ayah, mak, kak Ana, kak Liza, abg Shamsul, abg Shahrul, Balqis, Syawal Mukriz, dan Hery tidak mungkin aku lupakan...aku terharu sekali ketika keluarga angkat kami menghantar kami untuk menaiki bas pulang, kami berpelukan dan menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah memandangkan kami telah seminggu berada dengan mereka sekeluarga. Semoga kami akan berjumpa lagi...


1 pengkritik jemputan:

Noor Hazwani said...

huhu...
aku memang tak leh lupa pasal Am kenakan kita ari tu... "Lembu...lembu...lari"

rasa cam nak ketuk2 si Am tu...hahaha!!!

Post a Comment

Back to Top