4

10 Lubang Besar Di Dunia!!!

Saja nk kongsi info ni dengan korang semua…korang tau tak yang kt atas muka bumi kita ni terdapat 10 lubang besar…wahh banyak laa jugak kan…

So, korang leh tgk sndr betapa besarnyer lubang2 tu…

1. Darvaza Gas Crater

Derweze daerah yang kaya akan gas asli. Mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. Malangnya tanah di bawah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 meter. Untuk mengelakkan pembuangan gas beracun, maka diputuskan untuk membakar gas yang keluar. Geologis itu berharap api akan keluar dalam beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. Ada beberapa tempat di seluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu ke neraka.

2. Kimberley Diamond Mine
Dikenali juga dengan the Big Hole. Penyandang gelaran galian tanah dengan menggunakan tangan manusia terbesar di dunia. Pada 1866 hingga 1914 sebanyak 50 000 pekerja menggali dengan menggunakan picks and shovels bagi mencari 2,722 kg berlian.


3. Monticello Dam
Terletak di Monticello Dam di Tasik Berryessa, California Utara, lubang raksasa ini bertindak sebagai injap tasik. Empangan dan injap ini dibina diantara tahun 1953 dan 1957. Ia mampu menelan 48.400 kaki padu per saat (1370 m³ / s) dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 meter. Jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. Lubang diameter terbesar adalah 72 meter dan mengecil sekitar 28 meter.




4. Birmingham Canyon Mine

The Bingham Canyon Mine, juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di United Kingdom. Galian telah beroperasi sejak 1863 sehingga hari ini dan telah mengakibatkan terciptanya sebuah lubang yang merangkumi 1.900 hektar (7,7 km ²). Bingham Canyon Mine penggalian buatan manusia yang terbesar di dunia. Ini telah diakui oleh National Historic Landmark pada tahun 1966 di bawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine.



5. Great Blue Hole

The Great Blue Hole adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai Belize, sebuah negara di Amerika Tengah. Lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika permukaan laut jauh lebih rendah. Terdapat banyak lubang biru di dunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu ini. Ia telah pun menjadi Tapak Warisan Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).




6. Mirny Diamond Mine
Lubang buatan manusia kedua terbesar di dunia ini adalah sebuah lombong berlian yang terletak di pinggiran Mirny, sebuah bandar kecil di Siberia timur. Galian ditemui pada 13 Jun 1955 oleh ahli geologi Soviet Yuri Khabardin, Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko semasa Ekspedisi Amakinsky. Galian adalah 525 meter (1.720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1.200 m (3,900 ft). Ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helikopter kerana beberapa kejadian di mana mereka telah disedut oleh aliran udara ke bawah.



7. Diavik Mine
Diavik Diamond Mine adalah lombong berlian di Daerah Utara Northwest Territories, Kanada, sekitar 300 kilometer (186 batu) utara Yellowknife. Ia telah menjadi bahagian penting untuk ekonomi daerah sehingga mampu menggajikan 700 perkerja dan dan menghasilkan 8 juta carats (1600 kg) berlian setiap tahun. Tapak galian ini dimiliki oleh perusahaan antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc, anak syarikat Rio Tinto Group. Usia lombong ini dianggarkan 16-22 tahun.



8. Sinkhole
Pada 23 Februari 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan ianya menelan 12 rumah dan 3 orang terkorban. Lubang ini menyebabkan bau busuk. Pihak berkuasa menyalahkan lubang pembuangan di aliran kumbahan bawah tanah pecah.


9. Udachnaya Pipe
Udachnaya Pipe - Russia, adalah lubang bagi mencari batu permata. Lubang ini berhenti beroperasi pada tahun 2010, lubang ini dijumpai pada tahun 1955 dengan kedalaman 600 meter.



10. Chuquicamata
Chuquicamata - Chili, adalah lubang bagi penghasilan tembaga terbesar di dunia dengan kedalaman 850 meter.




4 pengkritik jemputan:

menteil said...

menarik info nie ye...

Mohdsyaire Syaire said...

tp kan isu awak ne ramai telan owang tekan buten 1... wakakakakakakakakkaka

Mohdsyaire Syaire said...

terbaik la nadia..... em saya dah dapat teke ne x da price kew????? kekekekekekekekek

Budding said...

apa tajuk lagu ni

Post a Comment

Back to Top