0

Program Kursus Pemantapan Organisasi & Kepimpinan

Salam. Walaupun program ni dah lama berlalu lebih kurang 2 minggu yang lepas tapi aku nak tulis juga dalam blog ni. Dalam class Pengurusan pagi tadi, En Aziz ada tanya kat kita orang “apakah program yang awak ikut yang awak jadi peserta?”….so ni ialah antara program yang aku ikut yang paling banyak bagi maklumat kat aku especially dalam cara menjalankan program. Program ni sebenarnya dibuat untuk ajk-ajk blok kat kolej tapi ada je yang bukan ajk blok pun ikut sama. Program ni memang banyak bagi input especially tuk junior. Macam mana nak buat paperwork, cara nak buat program, cara mengatur pinggan cawan sudu garpu kat atas meja, dan kita orang siap buat stimulasi bagi jamuan kat kolej yang melibatkan keenam-enam blok. Fuh...memang best sangat. Antara penceramahnya ialah pengetua KAB sendiri, En Zulkifli Mamat, En Anizan dan Tn Sayed Arif, felo blok A. Program ni telah dibuat di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Dah alang-alang pergi Pangkor, kami pun sempat laa ber ”snorkeling” kat sana. Memang best program tu dan lagi 2 minggu dari sekarang stimulasi yang kami buat kat sana akan benar-benar terjadi di kolej. Hmmm...so nantikan...

yeah...menang tiket feri...hahaha

dalam feri...

waktu buat tugu ala-ala tugu negara

en Anizan

en Sayed

en Zul

waktu buat ketas kerja untuk dinner kolej

susunan mangkuk dan cawan

sebelum tepi pantai yang indah....lalala

Jehan dengan Salwa buat tabik hormat kat atas bot

snorkeling

jom jalan-jalan

kenangan di Pangkor

0

Tanda-Tanda Seseorang Berbohong


Adakah anda dapat mengesan orang berbohong kepada anda??? Jika ketika sesi kaunseling sedang dijalankan, dapatkah kita mengesan bahawa klien kita itu sedang berbohong??? Bukan setakat sesi saja. Kadang-kadang ada orang mudah sangat percaya pada orang terutama yang baru dikenali...macam jurujual...tidak heranlah ada berita memaparkan orang yang hilang beribu-ribu ringgit akibat ditipu. Ada sahaja alasan yang diberi sehingga anda merasakan ada sesuatu yang diselindungkan. Itu jika anda mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia memang sedang berbohong. Tetapi bagaimana pula jika dia langsung tidak menunjuk dia sedang berbohong dan anda terus mempercayainya.
Tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada orang itu berbohong atau tidak.

MENYENTUH HIDUNG
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

MENUTUP MULUT
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

GAGAP
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

PERGERAKAN MATA
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa.
Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

MELENGAH-LENGAHKAN JAWAPAN
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

RESAH
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

4

Kerjaya Doktor Gigi

Artikel ini adalah lanjutan daripada artikel KERJAYA DALAM BIDANG PERGIGIAN. Kepada adik-adik di luar sana termasuk adik Amalina yang berminat untuk menjadi seorang doktor gigi, di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana ingin menjadikan cita-cita adik-adik menjadi kenyataan. Firstly, adik kena tanya diri sendiri sama ada mahu belajar dalam negara atau luar negara.

Antara universiti awam dalam negara yang menawarkan kursus ijazah dalam pergigian ialah:

Ø Universiti Malaya (UM)

Ø Universiti Sains Malaysia (USM)

Ø Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ø Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Ø Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Manakala universiti swasta pula ialah:

Ø Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) University

Ø International Medical University (IMU)

Manakala antara universiti luar negara yang menawarkan kursus pergigian ialah:

Ø University of Melbourne (Australia)

Ø University of Sydney (Australia)

Ø University of Victoria (Australia)

Ø University of Adelaide (Australia)

Ø University of Alberta (Canada)

Ø University of Dublin (Ireland)

Ø University of New Zealand (New Zealand)

Untuk maklumat senarai universiti luar Negara yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia boleh laa layari laman web ini http://www.moh.gov.my/opencms/opencms/moh/dentalinstitut.html . Untuk mendapatkan tajaan biasiswa, adik-adik bolehlah melayari laman web eSILA http://esilav2.jpa.gov.my/

Syarat-syarat kursus

Mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 6 matapelajaran berikut:

Ø Fizik

Ø Kimia

Ø Biologi

Ø Matematik

Ø Add maths

Ø Bahasa Inggeris

Untuk melanjutkan pengajian di luar negara bagi biasiswa tajaan MARA dan JPA

Syarat-syarat umum ialah:

Ø Warganegara Malaysia

Ø Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun untuk pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun sebelumnya (contoh untuk mohon untuk tahun 2009, jadi sebelum 31 Disember 2008 belum 18 tahun)

Ø Mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:

Ø - Bahasa Melayu

Ø - Sejarah

Ø - Pendidikan Islam ATAU Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU Pendidikan Syariah Islamiah ATAU Pendidikan Moral

Ø Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit-penyakit kritikal seperti AIDS, Hepatitis dan sebgainya.

Jika adik mendapat tawaran biasiswa ke luar negara, adik akan mengikuti kursus-kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan dalam negara sebelum ke luar negara. Namun, sekiranya adik tidak mendapat sebarang tawaran biasiswa, adik masih boleh mengikuti kursus pergigian di dalam negara tetapi perlulah terlebih dahulu memasuki ke matrikulasi. All the best untuk adik-adik yang berminat dengan bidang ini. Peluang kerjaya pergigian amat cerah di Malaysia. Diharap dengan maklumat yang seberapa ini dapat membantu adik.

Back to Top